31.10.12

  


Bunga raya ini ditanam di tepi pagar taman permainan kanak-kanak kawasan sekolah.

13.10.12

KENEGARAAN


1.0  PENGENALAN


       Kenegaraan berkait rapat dengan semangat tinggi dan sikap prihatin serta pemahaman terhadap sejarah dan hal ehwal perjuangan memartabatkan dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

      Murid-murid prasekolah perlu didedahkan dengan modul kenegaraan supaya dapat menjadi pemangkin kepada pengamalan nilai-nilai cintakan negara.




Tunjang utama kepada pelaksanaan modul ini adalah prinsip Rukun Negara iaitu :


 Kepercayaan kepada Tuhan
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

2.0   MATLAMAT

       Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial seiring dengan penerapan konsep kenegaraan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.



3.0  OBJEKTIF

       3.1    Menanamkan nilai kepercayaan kepada Tuhan serta 
                 menghargai semua anugerah ciptaanNya.

       3.2    Memupuk semangat taat dan cintakan kepada Raja 

                dan Negara

       3.3    Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara.


        3.4   Mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan 
                seharian.



4.0  CADANGAN AKTIVITI

      4.1   Menyanyi lagu Negaraku dan menaikkan bendera  
              Malaysia setiap hari Isnin.

      4.2   Melafazkan ikrar Rukun Negara.


      4.3   Pertandingan mendeklamasi sajak.


      4.4   Pemeran yang berkonsepkan kenegaraan.

      4.5   Tayangan mengenai Rukun Negara, berunsur patriotik.


      4.6   Penubuhan Kelab Tunas Rukun Negara.




5.0  PENUTUP

       Rukun negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat seterusnya melahirkan sebuah Negara Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

NEGARA SAYA

Jalur Gemilang


Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih ( melintang ) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
 

Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia.



Rukun Negara
kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan