13.10.12

KENEGARAAN


1.0  PENGENALAN


       Kenegaraan berkait rapat dengan semangat tinggi dan sikap prihatin serta pemahaman terhadap sejarah dan hal ehwal perjuangan memartabatkan dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

      Murid-murid prasekolah perlu didedahkan dengan modul kenegaraan supaya dapat menjadi pemangkin kepada pengamalan nilai-nilai cintakan negara.




Tunjang utama kepada pelaksanaan modul ini adalah prinsip Rukun Negara iaitu :


 Kepercayaan kepada Tuhan
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

2.0   MATLAMAT

       Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial seiring dengan penerapan konsep kenegaraan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.



3.0  OBJEKTIF

       3.1    Menanamkan nilai kepercayaan kepada Tuhan serta 
                 menghargai semua anugerah ciptaanNya.

       3.2    Memupuk semangat taat dan cintakan kepada Raja 

                dan Negara

       3.3    Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara.


        3.4   Mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan 
                seharian.



4.0  CADANGAN AKTIVITI

      4.1   Menyanyi lagu Negaraku dan menaikkan bendera  
              Malaysia setiap hari Isnin.

      4.2   Melafazkan ikrar Rukun Negara.


      4.3   Pertandingan mendeklamasi sajak.


      4.4   Pemeran yang berkonsepkan kenegaraan.

      4.5   Tayangan mengenai Rukun Negara, berunsur patriotik.


      4.6   Penubuhan Kelab Tunas Rukun Negara.




5.0  PENUTUP

       Rukun negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat seterusnya melahirkan sebuah Negara Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

No comments:

Post a Comment